|
Pilihan hanya ada satu. Sunday, 28 July 2013 - Permalink - 0 Comments Bismillahirohmanirrahim , ^^-Assalamualaikum , Salam Ramadhan. :D Dalam hidup ni kita hanya ada 1 pilihan sahaja. Right ? Sama ada mahu berjaya atau gagal. Kelengkapan , kemudahan semuanya sudah tersedia di sekeliling kita , disediakan khas untuk kita. Soal utama di sini adalah antara hendak ataupun tidak hendak , mahu ataupun tidak mahu. Sekiranya mahu dan hendak tentu tersedia jalan. Sekiranya tidak hendak dan tidak mahu tentu tersedia alasan demi alasan.
Hari ini adalah hari yg paling baik untuk kita mula bertanya kepada diri sendiri . Tanyakan , "Apakah misi saya hidup di dunia ini ? " Toleh kebelakang , apa yg sudah kita lakukan selama ini , kemudian badingkan dengan hasil yg kita peroleh pada hari ini.
Tanyakan lagi , "Apa yg sudah saya lakukan untuk diri saya , masyarakat , keluarga saya dan agama saya ? "
Jika jawabnya "Tidak ada apa-apa , " maka sudah sampai masa nya kita mengangkat sauh dan bertindak mengubah keadaan hidup. Tidak mungkin kehidupan kita berubah dengan sendirinya. Tangan dan akal digunakan sepenuhnya bagi mengubah keadaan . Sekiranya jawapannya , "Tdak banyak." Maka inilah juga masanya mengangkat sauh , menghapuskan magnet bagi membina kejayaan yg lebih banyak dan besar lagi.
Di dunia ini terdapat empat golongan manusia :
1.Manusia malang : Manusia yg brjaya di dunia gagal di akhirat
2. Manusia sangat malang : Manusia yg gagal di dunia , tetapi gagal di akhirat juga.
3.Manusia beruntung : Manusia yg berjaya di dunia dan berjaya di akhirat . Insya Allah.
Alhamdulilah , sampai sini sahaja kuliah saya *ecehceh perasan sekejap *
assalamualaikum. ^^-
|